Posts

GERHANA MATAHARI 26 DISEMBER 2019

Image
Hari ini 26 Disember 2019 akan berlakunya gerhana matahari. Kali terakhir gerhana matahari cincin pernah terjadi di negara kita adalah 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor. Gerhana matahari ini berlaku apabila bulan melalui antara Bumi dan Matahari, dengan itu sepenuhnya dan sebahagiannya mengaburkan Matahari untuk penonton di Bumi. Hal ini berlaku apabila diameter jelaas bulan adalah lebih kecil daripada matahari, lalu menyekat cahaya matahari dan menyebabkan matahari kelihatan seperti cincin. Gerhana matahari muncul sebagai gerhana separa atas suatu kawasan yang mempunyai beribu-ribu kilometer lebar dari Bumi. pemandangan gerhana matahari dari pejabat

Part 5 - Retreat Pemantapan Myportfolio & Kompetensi Kakitangan Bahagian Akaun

Image
.::03112019::. Hari ini merupakan hari terakhir reteret di PD ini. Pagi ini ada sesi mesyuarat mengenai Myportfolio dan job description yang mengantikan Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK). Banyak penambahbaikan yang ada untuk myPortfolio. Penerangan dari Pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan Penyampaian sijil dari Ketua Akauntan BAMOA Tamat sudah Reteret Pemantapan Myportfolio & Kompetensi Kakitangan Bahagian Akaun. Jom pulang ke rumah banyak baju nak kene basuh ni....

Part 3 - Retreat Pemantapan Myportfolio & Kompetensi Kakitangan Bahagian Akaun

Image
Disebelah petang ada aktiviti out door...  Jom kita layan permainan out door ini...   Permainan Pertama: Tayar bergolek-golek Syaratnya: Semua ahli wajib pijak kain dan melepasi garisan penamat.  Permainan Kedua : Ketam Berjalan   Syarat: Semua ahli ikat kaki dan bergerak secara melintang

Part 2 - Retreat Pemantapan Myportfolio & Kompetensi Kakitangan Bahagian Akaun

.:: 02112019::.. Hari ini merupakan hari kedua kursus. Pagi ini kami sesi bersama Tuan Syed perkongsian ilmu mengenai kompentasi ke arah persaraan yang selesa. Nak ikutkan jauh lagi tempoh nak bersara, tapi apa salahnya kita membuat buat perancangan yang lebih awal untuk 30 tahun yang akan datang. Antara perkongsian ilmu persaraan ini diantaranya pengurusan kewangan. Bila kita bersara nanti bukan dapat gaji penuh termasuk elaun macam kerja sekarang ini. Hanya 50 - 60% sahaja dari gaji pokok, elaun-elaun semua dah tiada yaa... untuk 30 tahun akan datang cukup ke nak sara kehidupan seharian.... hmmmm pikir-pikirkan.... Sedikit sebanyak dalam pengkongsian ilmu itu dapat kita merancang dari awal supaya pada waktu persaraan nanti tiada komitmen bayaran setiap bulan seperti rumah. Nasihat awal-awal belilah rumah awal supaya dah pencen nanti hutang rumah pun selesai.  Perkongsian ilmu di sesi petang pula, mengenai pelaburan. Pelaburan mana yang selamat untuk jangka masa

Part 4 - Dinner Retreat Pemantapan Myportfolio & Kompetensi Kakitangan Bahagian Akaun

Image
Part 4 Tema untuk malam dinner ini adalah petani kampung. Comel semua berpakaian ala-ala kampung style. Alhamdulillah hampir semua kakitangan Bahagian Akaun dapat menghadiri retert kali ini.. Nak ikut kan ini adalah kali ke 3 yang telah dianjurkan. Dua kali di anjurkan tidak dapat join sebab pertama tengah cuti bersalin dan yang kali kedua sebab bayi masih menyusu badan tak boleh nak tinggal baby jauh. Untuk kali ke tiga ini alhamdulillah anak boleh ikut sekali dan kebetulan kelas pun tak ada.....pengisian malam dinner ini banyak permainan yang diadakan untuk anak-anak dan ibubapa jua... cookies games Cabutan betuah dapat 5kg beras Kakitangan bahagian akaun bersama ahli keluarga

Part 1 - Retreat Pemantapan Myportfolio & Kompetensi Kakitangan Bahagian Akaun

Image
.::01112019::. Assalamualaikum..... Hari ini merupakan hari pertama bulan november bermula. Lagi dua bulan sahaja lagi akan memasuki tahun yang baru.. Sekejap rasanya waktu berjalan dengan pantas..Minggu ini merupakan minggu kedua tiada kelas di UKM dan saya pun terlibat dengan kursus di pejabat. Kursus ini di adakan di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson selama 3 hari 2 malam. Untuk program malam pertama ini, kami mengadakan games santai-santai sahaja bagi mengeratkan lagi hubungan kami semua di bahagian akaun. Sebelum games ini bermula, Ketua Urusetia program menerangkan Kepentingan Pelukan Erat... Nampak mcm geli-geli je kan, tapiiiii penuh makna tau ... Okeh dah habis segmen peluk memeluk ini, kita mulakan games yang pertama iaitu menara cawan.  Dah kata pun menarakan mestilah yang paling tinggi akan jadi pemenang. Arahan: 25 cawan kertas diberikan, bina menara cawan kertas yang tertinggi dengan mengunakan kesemua cawan yang diberika

D'Wharf Hotel & Servies Residence

Image
Selepas solat jumaat saya dan keluarga bertolak ke Port Dickson untuk menghadiri kursus disama selama 3 hari 2 malam. Perjalan dari putrajaya ke PD tidak jauh pun dalam 1 jam sudah sampai kedistinasi yang dituju. Dapat tingkat 7 bilik nombor 11B.  Banyak kedai-kedai makan berhampiran disini. Nak makan atau cari barang keperluan tiada masalah. Pemandangan bilik Sengih-sengih budak kecik ni... tak sabar nak mandi kolam lah tu.... Secara keseluruhannya hotel ini bersih dan selesa.